Menjaga Kebajikan anggota koperasi adalah agenda penting KOFRIM. Oleh yang demikian, anggota dapat membeli keperluan takaful dengan cara paling mudah dan murah berbanding dengan pihak pihak lain yang menawarkan produk takaful yang sama. Antara produk takaful yang ditawarkan adalah Takaful kenderaan, Takaful Kembara dan Takaful Perlindungan Rumah.
Takaful Kenderaan
Takaful Kenderaan memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan. Kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga.
Takaful Kembara
Pelan Takful ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang keupayaan kekal atau kematian disebabkan oleh kemalangan di luar jangkaan, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan bagi perjalanan domestik dan luar negara. Pelan ini boleh disertai oleh mana – mana individu untuk diri sendiri, pasangan dan anak – anak.
Takaful Perlindungan Rumah
- Menyediakan perlindungan terhadap kerugian dan kerosakan kepada harta kediaman/komersial akibat kebakaran, kilat atau sebarang bencana yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.
- Perlindungan takaful Perlindungan Rumah juga merangkumi tempat kenderaan, bangunan luar, dinding, pagar dan tembok, serta lekapan luar.
KOFRIM juga menawarkan Pembiayaan Takaful kepada anggota KOFRIM Sahaja untuk tujuan membantu Kebajikan anggota untuk memudahkan pembelian Pelan Takaful di atas.
Kepada anggota-anggota KOFRIM yang berminat untuk memohon pelan-pelan takaful di atas boleh tekan pautan di bawah.
https://formfacade.com/sm/rqexAkbuM
Sebarang pertanyaan lanjut dan kekeliruan berkenaan pelan takaful ini, Sila hubungi:-
