Pengenalan
Koperasi FRIM Berhad (KOFRIM) mula didaftar pada 4 Jun 1973 atas nama Koperasi Serbaguna I.P.P.Bhd. Namanya telah ditukar ke Koperasi FRIM Berhad pada 1 Mac 1982. Kini modal berbayar telah meningkatkan ke RM4,430.820.03.
Pengerusi pertama KOFRIM ialah En. Baharudin Bin Hj Ghazali. Kemudian diikuti dengan En. Ismail Bin Johari, Tuan Sheikh Ibrahimdi Bin Sheikh Ali, Tan Sri Saleh Bin Mohd Noh dan Datuk Dr. Abd Razak Bin Nohd Ali. Pergerusi terkini ialah DR. Abd Majid bin Jalil yang menjadi pengerak KOFRIM ketika ini. Anggota KOFRIM boleh berbangga kerana KOFRIM berada ditahap yang paling memberangsangkan dari segi kepuasan pelanggan/anggota, pengurusan kos dan penggunaan sumber yang lebih efisyen.
Koperasi FRIM Berhad seawal ia ditubuhkan, bidang perniagaan yang dijalankan ialah kedai runcit serbaguna yang menjual barangan keperluan harian rumah secara kredit. Kini rangkaian barangan dan perkhidmatan telah bertambah bagi menentukan kemudahan anggota-anggota Koperasi FRIM Berhad mendapat barangan dan perkhdimatan yang pelbagai.
