Skip to main content
 

Koperasi FRIM Berhad

Menjaga dan meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pengurusan Koperasi amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan bagi memastikan Koperasi FRIM terus maju dan berdaya saing. Lantaran itu, Anggota Lembaga merasa tanggungjawab dan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan pulangan yang terbaik kepada para anggota. Tahun 2022, Koperasi berupaya menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM3,295,441.00 dengan keuntungan bersih sebelum pembahagian sebanyak RM928,914.00. Walau bagaimanapun, jumlah keuntungan ini terpaksa diselaraskan bagi mengimbangi keuntungan yang telah diiktirafkan terlebih awal ke atas kewangan tahun-tahun sebelum ini. Atas dasar ini, Koperasi telah membuat pelarasan operasi dan bukan operasi sebagai langkah untuk menyamakan bagi pembiayaan anggota dengan akaun kawalah yang menggambarkan lebih telus dan tepat, yang keseluruhannya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM135,075.00 atas faedah dari aktiviti pembiayaan diselaraskan dalam akaun pembahagian. Justeru, dengan jumlah keuntungan yang diselaraskan ini, Anggota Lembaga telah mencadangkan agihan dividen yang sewajarnya dan dibayar ke atas modal syer dan modal yuran kepada para anggota yang aktif sebagai Anggota sehingga 31 Disember 2022

Tahun 2022, Koperasi berupaya menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM3,295,441.00 dengan keuntungan bersih sebelum pembahagian sebanyak RM928,914.00.

Koperasi terus mengekalkan aktiviti yang masih relevan dan berdaya saing seperti aktiviti kredit, pelbagai kontrak, ejen takaful dan perkhidmatan dobi di kompleks kediaman PPAM Metropolitan Kepong. Bagi memastikan perniagaan koperasi terus berkembang, koperasi telah menerima tawaran jalinan kerjasama dengan syarikar AEON (M). Co Japan-Malaysia Friendship Forest Fasa 2 dan Fasa 3 di SPF Bidor, Perak dalam tender kerja-kerja menanam, menjaga dan menyelia pokok. Disamping itu, Koperasi berhasrat untuk meluaskan perniagaan melalui jalinan kerjasama dengan rakan niaga bagi memasuki tender/sebutharga melalui konsep smart partner. Seterusnya, KOFRIM berhasrat mengaktifkan semula sektor pelancongan yang merupakan salah satu aktiviti perniagaan KOFRIM terdahulu. Sebagai permulaan, KOFRIM akan menawarkan pakej pinjaman mudah patuh syariah kepada anggota yang berhasrat menunaikan Umrah ke Tanah Suci Kota Mekah dan Kota Madinah. Pakej-pakej pelancongan menarik dalam dan luar negara juga akan dianjurkan kemudian.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan Anggota Lembaga dan kakitangan koperasi yang telah berusaha dengan gigih bagi menentukan kejayaan Koperasi. Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan FRIM dan seluruh anggota yang terus menerus memberi sokongan dan berharap sokongan ini akan berterusan demi memastikan keperasi akan mampu berdaya saing dan terus maju ke arah 50 koperasi terbaik di tanah air.

Pengerusi

DR ABD MAJID BIN JALIL

AHLI LEMBAGA KOPERASI & PENGURUSAN KOPERASI

Close Menu

Hubungi Kofrim

Koperasi FRIM Berhad
Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong,
Kuala Lumpur

T: 03-6279 7585
E: koperasifrimberhad@gmail.com

Recent Posts